Monday, December 27, 2010

Sabar 2

Diriku ini ku rasa jenis orang yang pantang menyerah kalah
Tapi ada masa-masa
Bila ku rasa sudah hilang kuasa
dan daya untuk terus berjuang
atas alasan yang bukan senang untuk ku bentang

Sampai mana ku rasakan jerih untuk lepas apa yang ku ingin kecapi
demi membahagiakan diri
berlaga minda dan emosi
dan tak putus-putus ku masih ulangi, “SABAR”

Hati Masih Kuat Lagi

Hati masih kuat lagi
Dalam hingar-bingar dunia
yang menjaring keamanan yang amat diperlukan
Mengajak berhibur dengan ombak
Hingga hilang pertimbangan lalu diumpan arus
racun nista yang pekat
Bergulung kerpura-puraan

Keasyikan itu hanya akan menghanyutkan
Selagi hati masih kuat lagi
Kau harus segera berpaut pada Harapan
kerana di situ terbukti kebenaran
untuk kau menilai dengan mata hati
bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan
untuk destinasi yang abadi

Dan selagi hati masih kuat lagi
Kau harus hayunkan kaki
Berbakti dan sentiasa perbaiki gerak-geri
Menepis segala kekeliruan
Biarpun penat menggendong cita-cita
dan menyusul Harapan
sehingga kau dapat mencari puncak diri


Khas buat sahabat, JJ