Friday, August 19, 2011

Pantun Jual-Beli Hari Raya

Jual:
Hajat di hati nak masak rendang ikan
tup tup tikus jadi sajian
mengapakah ia menjadi kemestian
utk ke geylang di bulan ramadhan?

Beli:
Masak tikus berlauk kari
Lauk kegemaran anak Pak Manan
Apakah tuan tak tahu lagi
Geylang itu kan banyak makanan!

Jual:
Anak tikus sudah dihidang
Lagi sedap dimasak rendang
Memang berlambak makanan di geylang
tapi semua tak mengenyangkan

Beli:
Di bazaar Geylang belanja sakan
singgah pasar beli ikan bawal
Apa lagi nak dibahaskan
Jom kita sambutlah bulan Syawal!

Beli:
Nak ikan bawal tapi tak jumpa
Takde ikan, tikos pun berguna
Masa berlalu begitu cepatnya
Belum ready nak sambut raya

Jual:
Berbuka lemak pucuk ubi
kuah dah basi tekak pun loya
Dah sebut pasal raya ni
Mana ah kuih kegemaran saya?!

Beli:
Kuah lemak dah lontar sayang
Jiran pulak kasi tikos rendang
Kuih awak, saya dah buang
pasal pakai butter tak halal

19 Ogos 2011

Wednesday, August 17, 2011

Kamar Yang Ku Selongkar

Rak rak yang terpasang
pada dinding bilik ini
masih tegap lagi
tak goyah dek timbunan ilmu
yang ku simpan sejak dulu

Ku belek simpanan baju
yang tersusun penuh
di segenap pelusuk
almari kuning
jelas menyapa aku dengan seribu warna

Lantas ku bersihkan rak-rak itu dari debu
dan setiap buku begitu teratur
Baju-baju itu ku perbetulkan
agar rapi dalam lipatan

Sesekali ketika berkemas
Pasti terjumpa sesuatu
yang bakal mengimbau kenangan yang lepas
Biar yang lucu mahupun sebaliknya
Ternyata..
tiap-tiap satu punya cerita
membuatkan diri begitu berat untuk ketepikannya

Bingkaian gambar berderet selari
Wajah-wajah keriangan ini
Adakah akan ku ketemu lagi?
Jam di dinding petanda mentari
sudah separuh hilangnya
Lalu ku bersandar pada tirai jendelaku
Terasa senang sekali melihat malam berlabuh

19 Ogos 2011
(Sajak Gabungan)