Jual:
Hajat di hati nak masak rendang ikan
tup tup tikus jadi sajian
mengapakah ia menjadi kemestian
utk ke geylang di bulan ramadhan?
Beli:
Masak tikus berlauk kari
Lauk kegemaran anak Pak Manan
Apakah tuan tak tahu lagi
Geylang itu kan banyak makanan!
Jual:
Anak tikus sudah dihidang
Lagi sedap dimasak rendang
Memang berlambak makanan di geylang
tapi semua tak mengenyangkan
Beli:
Di bazaar Geylang belanja sakan
singgah pasar beli ikan bawal
Apa lagi nak dibahaskan
Jom kita sambutlah bulan Syawal!
Beli:
Nak ikan bawal tapi tak jumpa
Takde ikan, tikos pun berguna
Masa berlalu begitu cepatnya
Belum ready nak sambut raya
Jual:
Berbuka lemak pucuk ubi
kuah dah basi tekak pun loya
Dah sebut pasal raya ni
Mana ah kuih kegemaran saya?!
Beli:
Kuah lemak dah lontar sayang
Jiran pulak kasi tikos rendang
Kuih awak, saya dah buang
pasal pakai butter tak halal
19 Ogos 2011
No comments:
Post a Comment