Monday, December 22, 2008

Apa ada pada NAMA?
Satu soalan beribu jawapan
Satu perkataan beribu tafsiran
Namun apakah makna sebenar…
Jurang pemisah antara si miskin dan yang berada..?
Cermin maruah diri…?
Ataupun
Hanyalah
Suatu panggilan mesra
Yang sekadar bermain di hujung bibir??

Sehebat mana kuasanya BICARA?
Walaupun kecil namun berbisa
Sememangnya dikelar pisau itu pedih
Namun sekali lafaz bisa bernanah memakan hati
Sesungguhnya…
Yang baik jadi pujian,yang buruk jadi bualan
Yang kelakar jadi gurauan, yang salah jadi teguran
Tetapi yang lebih menakutkan
Sewaktu hidup menjadi kutukan
Pabila mati jadi umpatan

Dimana letaknya BUDI?
Yang melambangkan ketinggian peribadi
Sopan santun, baik pekerti
Sepatutnya dipandang murni
Tapi sayang
Matanya hanya terpaku leka
Pada untaian berlian, intan permata
Helaian kertas wang berjuta
Kononnya mampu beli segalanya

Kemana hilangnya IMAN dan TAQWA?
Kalau yang sering bertandang
Hanyalah hawa nafsu semata
Senjata utama permainan Syaitan
Sebagai umpan menjerat manusia
Merangkul jiwanya
Merosak aqidahnya
Memesong dari jalan yang benar

Berapa nilainya MARUAH?
Sekiranya ia mampu dibayar
Ada yang sanggup meletak harga
Kerana nilai wang melebihi nilai maruahnya
Namun
kini
Maruah tak perlu lagi dibeli
Kerana ia sering tergadai
Akibat tindak-tanduk empunya diri
Yang melulu sebelum berfikir
Justeru
Tanpa maruah, tiada harga diri
Kian
Hidup yang dimegah laksana kilauan emas,
hanyalah berupa besi semata mata

-JJ-

Untuk Kita Semua

Ingat...
Telah termaktub segala perjanjian..
Syurga itu kemuncak ketenangan
Yang memerintah segala kesakitan, keperitan
Maka terhapuslah dusta, nista, lara, derita

Ingat..
Berdiri di atas muka bumi ini...
Yang kaya tak semestinya ke Syurga
Si miskin pula bukan diciptakan untuk Neraka
Pada sang cantik tak dijanjikan Syurga
Yang hodoh tempatnya bukan di Neraka...

Sesungguhnya titian itu...
adil dan saksama
nescaya terjerumuslah si pendusta, pengkhianat
yang bermaharajalela membunuh jiwa insan
ahli-ahli perosak dunia yang cemburukan keamanan dan keimanan
Manakala....
sekilasnya laluan mereka yang terindah di mata tuhan
berbekalkan kemanusiaan, keimanan, ketaqwaan, kecintaan
betapa bahagianya mereka.....melebihi segala kebahagiaan di dunia.....

Ingat...
Pabila jasad dan nyawa berpisah
pada dosa dan pahala kau berserah
maka terputuslah sudah ikatan janji kau pada dunia
tiada lagi bantuan....Yang nyata kau kini keseorangan....

Di hadapannya nanti..
akan terbongkar segala fitrah manusia
kau tak mampu sembunyikan tangan dari tuhan
akan segala kejadian, segala kelakuan
yang telah kau selindungkan dari pandangan manusia
Ingat...
Siapa kita untuk menipu tuhan...?

-JJ-

Layarkan Diri Ini

Ku umpamakan diri ini
ibarat perahu layar yang terdampar di samudera sana
Tak bernakhoda,
sekadar terapung menurut kehendak angin laut

Sang angin
Sememangnya aku lemah tanpamu
ibarat berdiri tanpa kaki
Namun
jauhilah perahuku
Dari hasutan bisikan angin
yang bakal menghanyut perahuku entah ke mana
hanya berbaukan sia-sia semata

Andaikata bisa memilih,
Teringin aku nantikan
Hembusan angin menghala ke Utara
Datang menyapa layarku berkibar
Biar layarnya diarah, laluannya pula berarah

Bimbinglah aku aduhai angin Utara
Agar bisa ku sampai ke pulau cita,
Walaupun dari sini tampak tiada rupa
Namun keyakinanku ada di sana

Sesungguhnya pelayaran aku ini kesudahannya entah bila
Sememangnya aku keletihan tiada daya
Untuk teruskan lagi

-JJ-

Andaikata Aku…..

Andaikata aku
deraian hujan,
Akan ku sirami bumi bertuah ini
Laksana manik-manik yang terputus talinya
Agar akar berbunga takkan haus dahaga
Agar lautan tak kering airnya
Agar si kecil dapat menikmati kuasa Maha Mencipta

Andaikata aku
sang cenderawasih,
Menyelangi birunya langit nan awan
Dikagum dipuja unggas seisi buana
Dapat ku perhati
Bagaimana taksubnya pungguk pada rembulan
Betapa mesranya pipit dan enggang

Andaikata aku
putaran masa,
Akan ku lambatkan perjalanan waktu
Semasa dikau berdampingan denganku
Akan ku lambatkan perjalanan waktu
Sebelum tibanya saat perpisahan abadi

Andaikata aku
Setitis air hujan,
Seekor unggas,
Sedetik masa,
Pastinya andaian ini tak daya terluahkan
Dijadikan serba cukup sebagai seorang insan,
Ku bersyukur padaMu
Wahai tuhan yang memerintahkan.

-JJ-

Friday, December 12, 2008

Aku, seperti seorang banduan
Cuma yang membelenggu diri ini bukanlah gari di tangan
Tapi jaringan emosi
yang bersarang di fikiran
Yang pasti
Aku sudah tidak betah lagi
dengan pendirian ini
Seringkali goyah
Diduga sejentik, berkecai seribu
Soal hati ini jadi tidak menentu
Lantas...
Lesu
Minda berkabusan
Hati kebimbangan
Jiwa ketandusan
Aku lengar!
Leraikanlah Ya Rabbi!
Suntikkan kekuatan iman
Biar bergolak, membuak,
melawan api nafsu
Biar lelah 'ku dalam pencarian
Asalkan tepat pilihan
Kerna yang ku inginkan
adalah dia
yang dapat menggenggam jemariku
ke arah cinta-Mu...

-Ddatin
Pada suatu hari, tepat pada pukul 2 petang di bawah panas teriknya sang mentari, terdapat seorang jejaka. Ahmad Kuching nama si dia. Ahmad K sedang berehat sambil membaca buku 'Dummies guide to attracting a girl' di bawah pokok epal yang rendang.

Tanpa disangka, seorang gadis tinggi lampai lalu di hadapannya. Di saat itu, jantung Ahmad K bagaikan hendak putus dibuatnya. "Gedegup!", kedengaran bunyi jantungnya. Bagai terpanah melihat keayuan gadis yang bertocang reben itu. Matanya tidak berkedip sekali pun. "Siapa agaknya gerangan gadis ini? Mengikut halaman 45 dari buku yang aku sedang baca ini, katanya, lelaki perlu membuat 'first move'. Apa lagi Ahmad! GO GO GO!" Desis Ahmad dalam hati.

"Assalamu'alaikum. Hi! Beli keropok di kedai mama, si cantik manis siapa nama?" Sapa Ahmad K. Gadis itu tersenyum sipu lalu menjawab, "Wa'alaikumsalam. Masak kicap daging arnab, nama saya Siti Jenab." Lalu bermulalah detik perkenalan di antara mereka berdua.

Beberapa hari telah lepas dan Ahmad K dan Siti J amat bahagia bersama. Ketika itu, mereka berjalan-jalan di taman bunga sambil berpimpinan tangan dengan penuh mesra. AMBOI! Pandangan Ahmad K jatuh kepada bunga-bunga ros raksasa. Dia ingin memberi kejutan pada Siti J sempena hari lahirnya yang ke __ (Siti belum bilang Ahmad!) Ahmad pun cuba memetik bunga raksasa itu tetapi amat payah! Dalam pada itu, Jenab sedang mencari kekasihnya yang tidak kelihatan kelibatnya sejak 10 minit yang lalu. "Abang Ahmad, mana kamu?", Jenab kerisauan.

Dengan jerih payah dan peluh yang menitis, Ahmad akhirnya berjaya mencabut bunga itu dengan akarnya sekali! SYABAS! "Surprise! For you!", Ahmad K pekik tepat ke telinga Siti J. "Hooopppocoortt!!", latah Jenab. Sebaik sahaja Ahmad menyerahkan bunga merah itu pada tangan Jenab, si Jenab pun pengsan! Terkejut agaknya! Ahmad kelam-kabut sesaat untuk cuba menyedarkan Jenabnya. Di tangan kirinya masih memegang bunga raksasa itu dan entah mengapa, Ahmad mengetuk kepala Jenab dengannya. "ADUH!", Jerit Jenab.

"Oh Ahmad! Kaulah penyelamatku!". Maka sejak itu, bunga ros merah raksasa menjadi lambang cinta mereka berdua. DAHSYAT!

Hasil karya Nisa dan Ayu.
Ilustrasi oleh Nisa jugak.

** Harap rujuk kepada gambar di atas ketika membaca!

Setelah lama meneguk cinta, akhirnya Ahmad Kuching dan Siti Jenab mendirikan rumahtangga. Mereka membina rumah di atas Gunung 'Mamma Mia' yang cukup selesa. Pemandangan di sekitarannya amat menyejukkan mata. Matahari tersenyum riang menyinari 'Mamma Mia'. Tidak jauh dari gunung tersebut terdapat hutan rimba dan sebatang sungai yang airnya mengalir beralun, nun jauh ke arah Lautan Merah yang luas. Burung-burung berkicauan mendendangkan lagu "Dancing Queen".
Selang beberapa bulan kemudian, Jenab ingin memberitahu suaminya tentang berita baik. Malam itu setelah Ahmad pulang dari kerja memburunya, Jenab menghidangkannya makanan yang lazat-lazat belaka. Ahmad tidak perasan bahawa isteri kesayangannya itu telah menulis sesuatu di atas pinggannya, sehinggalah dia menghabiskan nasinya. "TAHNIAH ABANG KUCH! AWAK AKAN MENJADI SEORANG AYAH!"
Ketika itu, Jenab dan suaminya sedang menonton televisyen di tengah hari. "Nab, Nab, boleh tak ambilkan abang air? Terasa haus pula tekak ni." Jenab pun menuruti dan pergi ke dapur dengan perutnya yang memboyot. Kawan-kawan, mengikut perkiraan, hari itu genap 9 bulan Jenab mengandung. Lalu Jenab pun menghulurkan secawan air jarang kepada suaminya. Ahmad menegur, "Eh awak ni amek air sampai tumpah-tumpah kat carpet...". Rupa-rupanya, air ketuban Jenab telah pecahlah! Dengan serta-merta Jenab panik dan menjerit ketakutan! "Abang Kuch! Tolong panggilkan Mak Bidan! Cepat!".
Ahmad pun tergesa-gesa keluar dari rumah dan menggelungsur turun dari Gunung 'Mamma Mia'. Dia berlari kira-kira 4 km sebelum bertemu hutan rimba. Di situ, dia tersentak sebentar. Sebenarnya, Ahmad ini claustrophobic! Dia menggeletar sambil perlahan-lahan mengatur langkah ke dalam kegelapan hutan tersebut. Setengah jam kemudian, Ahmad Kuching berjaya meredah hutan yang setebal 400 ribu buku Harry Potter itu. Dengan badannya yang bercalar- balar, dia terus berlari lalu ternampak pancaran cahaya di permukaan air sungai. Terdapat sebuah sampan terumbang-ambing di pinggir sungai itu. Apa lagi! Ahmad pun melompat ke dalam sampan dan terus mendayung menyeberangi sungai.
Setibanya di sana, dia terpaksa merempuhi hutan belantara sekali lagi. Kali ini, Ahmad dikejutkan dengan ngauman seekor harimau yang betul-betul di hadapannya! Tanpa berfikir panjang, Ahmad belok ke kanan dan terus membuka langkah seribu! Akhirnya, dia sampai di rumah Mak Bidan dan terus menjerit, "Mak Bid!
Hujan lebat berserta angin,
kalau kena boleh get sick.
Isteri I dah nak bersalin!
Come quick! Come quick!"
Chey ber-speaking pulak!
Maka kedua-dua manusia itu pun menyusur kembali jalan yang telah dilalui oleh Ahmad tadi. Dengan penuh ranjau berduri, mereka sampai juga untuk menyambut anak Jenab dan Ahmad pada kurang-kurang jam 5 petang. Anak perempuan mereka dinamakan Siti Kus. Imaginelah, kan sedap nama Siti Kus Binte Ahmad Kuching?! Ironic tapi unik!
Hasil karya Nisa dan penulis serta kamus undangan, Jamil!
Idea Gunung 'Mamma Mia' dari Aisyah dan nama 'Siti Kus' dari Akhbar
(Wah byk contributions seh)
Lukisan tetap dari Nisa. sebab takde keje.
Siti Kus membesar dengan penuh kasih sayang kerana dialah satu-satunya cahaya mata ibu bapanya. Dia amat cerdas dan cantik seperti ibunya. Namun begitu, masih ada yang membelenggu fikiran Ahmad. "Apa yang Abang termenungkan?", Siti menegur. "Tak ada apa-apalah, Nab. Cuma.. ti kus kan dah 6 tahun. Tahun depan dah nak masuk Darjah 1. (Orang gunung pon blaja tau!). Abang tak rasa pendapatan Abang seorang sebagai pemburu akan cukup untuk menampung perbelanjaan rumah.". Jawab Ahmad, jelas kelihatan rasa risau di raut wajahnya. "Hmm...betul tu. Nab pun ada fikirkan juga. Haritu masa tengah tengok rainbow kat luar tingkap, terpandang Gunung jiran kita. With my IT skills I learnt in RP (WATT!!), I want to open up a cybercafe there." Jelas Siti Jenab.

5 bulan kemudian, Cybercafe 'Jen and Kuch' telahpun mendapat sambutan hangat dari penduduk-penduduk gunung. Begitu juga dengan Mountaineers. Siti Kus sering berulang-alik dari hutan untuk menemani bapanya memburu, atau ke Cybercafe selepas sekolah. Bapanya lebih suka dia di kedai sahaja kerana setiap kali dia ikut ke hutan, dia akan bermain kejar-kejar pula dengan harimau atau rusa yang hendak diburu bapanya. Ti Kus memang suka dengan binatang! Ini kan menyusahkan kerja memburu, jadi Ahmad membuatkan buaian di pokok agar Ti Kus leka. Begitulah ketiga-tiga beranak itu seharian sehinggalah Siti Kus pun meningkat dewasa.

(bersambung)

Hasil karya Nisa. Lukisan Nisa. Takde keje eh. Ye tau.
Siti Kus tidak lagi menggangu bapanya memburu. Dia telah menggantikan ibunya menjadi bos di Cybercafe 'Jen and Kuch', yang kini menjadi hotspot bagi para mountaineers dari merata negera. Sampai masuk Straits Times seh! Dalam diam, rupanya seorang mountaineer bernama Dol Lah Botak Li Chen yang berasal dari negeri Cina tetapi menetap di Pulau Ubin menaruh hati kepada Ti Kus yang cantik molek.

Dia sudah terlalu sering ke kedai tersebut kerana amat gilakan mountaineering dan Siti Kus. Termasuk ini, dah 10 kali tau! Ti Kus juga minat pada DolBo (nama manja) tapi sebagai wanita, dia hanya menunggu. "Mama cakap dulu Papa made the first move." Cheydebah. Suatu hari, Dolbo telah memberanikan diri dan memberi sekeping nota kepada Ti Kus melalui kawan baiknya, Wati Ayam.

Wati Ayam lalu memberikan kepada Siti Kus dengan *nudge nudge, wink wink*. Ti Kus membaca, "Awak, awak. Jumpa kat bawah gunung ok?". Short and sweet. Tau tak apa jadi? Mereka tak berjumpa... kerana Dolbo selenge tak letak pukul berapa nak jumpa. -___- Bagaimanapun, keesokkan harinya, mereka bertembung di atas titian menuju ke arah Cybercafe. Maka cinta pun berputik dari situ..(Ya Allah, clichenye!)

Pada tanggal 14 Februari (saje date ni), Dolbo meet-the-parents. Ibu Siti Kus amat berkenan dengan Dollah kerana dia dulu pernah minat seorang mountaineer sebelum Ahmad Kuching. Bagaimanapun, bapanya tidak setuju dengan cara hidup Dolbo. Dia takut jika anaknya nanti terpaksa naik turun gunung dan hidup sebagai nomad kelak. Dengan rahmat Tuhan, mereka akhirnya dikahwinkan juga.

Majlis persandingan pasangan itu amat meriah. Ia diadakan di tepi pantai dengan tema 'Seafood'. Dollah peminat besar makanan laut dan mengupah orang untuk menjahitkan baju lobster untuk dirinya, dan ikan duyung untuk Siti Kus. Ibu mertuanya dijahitkan baju ala ikan jerung siap dengan tudung biru."Hmm...Shark pun Shark lah. Asalkan rantai kapak dan gelang emas aku boleh nampak!" Sementara bapa mertuanya digayakan dengan baju ala sotong. "Kau ingat aku ni blur ke?!"(blur sotong, geddit?) Ahmad Kuching mendengus separuh dengar. Mengamuk dia! (tengok saja gambar!) Majlis berakhir dengan sesi suap-menyuap kek Udang Joget-Joget oleh kedua mempelai.

TAMAT!
Hasil karya Nisa. (SOKONGLAH PENULIS TEMPATAN! HAHAH)
Lukisan oleh Nisa, diilhamkan oleh Akhbar's dream wedding dan Man the crazy mountaineer.