Monday, December 22, 2008

Apa ada pada NAMA?
Satu soalan beribu jawapan
Satu perkataan beribu tafsiran
Namun apakah makna sebenar…
Jurang pemisah antara si miskin dan yang berada..?
Cermin maruah diri…?
Ataupun
Hanyalah
Suatu panggilan mesra
Yang sekadar bermain di hujung bibir??

Sehebat mana kuasanya BICARA?
Walaupun kecil namun berbisa
Sememangnya dikelar pisau itu pedih
Namun sekali lafaz bisa bernanah memakan hati
Sesungguhnya…
Yang baik jadi pujian,yang buruk jadi bualan
Yang kelakar jadi gurauan, yang salah jadi teguran
Tetapi yang lebih menakutkan
Sewaktu hidup menjadi kutukan
Pabila mati jadi umpatan

Dimana letaknya BUDI?
Yang melambangkan ketinggian peribadi
Sopan santun, baik pekerti
Sepatutnya dipandang murni
Tapi sayang
Matanya hanya terpaku leka
Pada untaian berlian, intan permata
Helaian kertas wang berjuta
Kononnya mampu beli segalanya

Kemana hilangnya IMAN dan TAQWA?
Kalau yang sering bertandang
Hanyalah hawa nafsu semata
Senjata utama permainan Syaitan
Sebagai umpan menjerat manusia
Merangkul jiwanya
Merosak aqidahnya
Memesong dari jalan yang benar

Berapa nilainya MARUAH?
Sekiranya ia mampu dibayar
Ada yang sanggup meletak harga
Kerana nilai wang melebihi nilai maruahnya
Namun
kini
Maruah tak perlu lagi dibeli
Kerana ia sering tergadai
Akibat tindak-tanduk empunya diri
Yang melulu sebelum berfikir
Justeru
Tanpa maruah, tiada harga diri
Kian
Hidup yang dimegah laksana kilauan emas,
hanyalah berupa besi semata mata

-JJ-

1 comment:

  1. boleh nak pinjam cite2 original ni dan gamabr2 sempoi nie ke website kami.. ?

    www.meozeq.com

    plz plz plz plz

    ReplyDelete