Friday, December 12, 2008


** Harap rujuk kepada gambar di atas ketika membaca!

Setelah lama meneguk cinta, akhirnya Ahmad Kuching dan Siti Jenab mendirikan rumahtangga. Mereka membina rumah di atas Gunung 'Mamma Mia' yang cukup selesa. Pemandangan di sekitarannya amat menyejukkan mata. Matahari tersenyum riang menyinari 'Mamma Mia'. Tidak jauh dari gunung tersebut terdapat hutan rimba dan sebatang sungai yang airnya mengalir beralun, nun jauh ke arah Lautan Merah yang luas. Burung-burung berkicauan mendendangkan lagu "Dancing Queen".
Selang beberapa bulan kemudian, Jenab ingin memberitahu suaminya tentang berita baik. Malam itu setelah Ahmad pulang dari kerja memburunya, Jenab menghidangkannya makanan yang lazat-lazat belaka. Ahmad tidak perasan bahawa isteri kesayangannya itu telah menulis sesuatu di atas pinggannya, sehinggalah dia menghabiskan nasinya. "TAHNIAH ABANG KUCH! AWAK AKAN MENJADI SEORANG AYAH!"
Ketika itu, Jenab dan suaminya sedang menonton televisyen di tengah hari. "Nab, Nab, boleh tak ambilkan abang air? Terasa haus pula tekak ni." Jenab pun menuruti dan pergi ke dapur dengan perutnya yang memboyot. Kawan-kawan, mengikut perkiraan, hari itu genap 9 bulan Jenab mengandung. Lalu Jenab pun menghulurkan secawan air jarang kepada suaminya. Ahmad menegur, "Eh awak ni amek air sampai tumpah-tumpah kat carpet...". Rupa-rupanya, air ketuban Jenab telah pecahlah! Dengan serta-merta Jenab panik dan menjerit ketakutan! "Abang Kuch! Tolong panggilkan Mak Bidan! Cepat!".
Ahmad pun tergesa-gesa keluar dari rumah dan menggelungsur turun dari Gunung 'Mamma Mia'. Dia berlari kira-kira 4 km sebelum bertemu hutan rimba. Di situ, dia tersentak sebentar. Sebenarnya, Ahmad ini claustrophobic! Dia menggeletar sambil perlahan-lahan mengatur langkah ke dalam kegelapan hutan tersebut. Setengah jam kemudian, Ahmad Kuching berjaya meredah hutan yang setebal 400 ribu buku Harry Potter itu. Dengan badannya yang bercalar- balar, dia terus berlari lalu ternampak pancaran cahaya di permukaan air sungai. Terdapat sebuah sampan terumbang-ambing di pinggir sungai itu. Apa lagi! Ahmad pun melompat ke dalam sampan dan terus mendayung menyeberangi sungai.
Setibanya di sana, dia terpaksa merempuhi hutan belantara sekali lagi. Kali ini, Ahmad dikejutkan dengan ngauman seekor harimau yang betul-betul di hadapannya! Tanpa berfikir panjang, Ahmad belok ke kanan dan terus membuka langkah seribu! Akhirnya, dia sampai di rumah Mak Bidan dan terus menjerit, "Mak Bid!
Hujan lebat berserta angin,
kalau kena boleh get sick.
Isteri I dah nak bersalin!
Come quick! Come quick!"
Chey ber-speaking pulak!
Maka kedua-dua manusia itu pun menyusur kembali jalan yang telah dilalui oleh Ahmad tadi. Dengan penuh ranjau berduri, mereka sampai juga untuk menyambut anak Jenab dan Ahmad pada kurang-kurang jam 5 petang. Anak perempuan mereka dinamakan Siti Kus. Imaginelah, kan sedap nama Siti Kus Binte Ahmad Kuching?! Ironic tapi unik!
Hasil karya Nisa dan penulis serta kamus undangan, Jamil!
Idea Gunung 'Mamma Mia' dari Aisyah dan nama 'Siti Kus' dari Akhbar
(Wah byk contributions seh)
Lukisan tetap dari Nisa. sebab takde keje.

No comments:

Post a Comment