Friday, December 12, 2008

Pada suatu hari, tepat pada pukul 2 petang di bawah panas teriknya sang mentari, terdapat seorang jejaka. Ahmad Kuching nama si dia. Ahmad K sedang berehat sambil membaca buku 'Dummies guide to attracting a girl' di bawah pokok epal yang rendang.

Tanpa disangka, seorang gadis tinggi lampai lalu di hadapannya. Di saat itu, jantung Ahmad K bagaikan hendak putus dibuatnya. "Gedegup!", kedengaran bunyi jantungnya. Bagai terpanah melihat keayuan gadis yang bertocang reben itu. Matanya tidak berkedip sekali pun. "Siapa agaknya gerangan gadis ini? Mengikut halaman 45 dari buku yang aku sedang baca ini, katanya, lelaki perlu membuat 'first move'. Apa lagi Ahmad! GO GO GO!" Desis Ahmad dalam hati.

"Assalamu'alaikum. Hi! Beli keropok di kedai mama, si cantik manis siapa nama?" Sapa Ahmad K. Gadis itu tersenyum sipu lalu menjawab, "Wa'alaikumsalam. Masak kicap daging arnab, nama saya Siti Jenab." Lalu bermulalah detik perkenalan di antara mereka berdua.

Beberapa hari telah lepas dan Ahmad K dan Siti J amat bahagia bersama. Ketika itu, mereka berjalan-jalan di taman bunga sambil berpimpinan tangan dengan penuh mesra. AMBOI! Pandangan Ahmad K jatuh kepada bunga-bunga ros raksasa. Dia ingin memberi kejutan pada Siti J sempena hari lahirnya yang ke __ (Siti belum bilang Ahmad!) Ahmad pun cuba memetik bunga raksasa itu tetapi amat payah! Dalam pada itu, Jenab sedang mencari kekasihnya yang tidak kelihatan kelibatnya sejak 10 minit yang lalu. "Abang Ahmad, mana kamu?", Jenab kerisauan.

Dengan jerih payah dan peluh yang menitis, Ahmad akhirnya berjaya mencabut bunga itu dengan akarnya sekali! SYABAS! "Surprise! For you!", Ahmad K pekik tepat ke telinga Siti J. "Hooopppocoortt!!", latah Jenab. Sebaik sahaja Ahmad menyerahkan bunga merah itu pada tangan Jenab, si Jenab pun pengsan! Terkejut agaknya! Ahmad kelam-kabut sesaat untuk cuba menyedarkan Jenabnya. Di tangan kirinya masih memegang bunga raksasa itu dan entah mengapa, Ahmad mengetuk kepala Jenab dengannya. "ADUH!", Jerit Jenab.

"Oh Ahmad! Kaulah penyelamatku!". Maka sejak itu, bunga ros merah raksasa menjadi lambang cinta mereka berdua. DAHSYAT!

Hasil karya Nisa dan Ayu.
Ilustrasi oleh Nisa jugak.

2 comments:

  1. Salam

    Ha! Ha! First time bace. Lucu jugak. Sape sangke si kak nisa ni pandai bersende ye. Btw, nak beli senaskah 'Dummies guide to attracting a girl' boleh?

    Izuddin

    ReplyDelete