Hati masih kuat lagi
Dalam hingar-bingar dunia
yang menjaring keamanan yang amat diperlukan
Mengajak berhibur dengan ombak
Hingga hilang pertimbangan lalu diumpan arus
racun nista yang pekat
Bergulung kerpura-puraan
Keasyikan itu hanya akan menghanyutkan
Selagi hati masih kuat lagi
Kau harus segera berpaut pada Harapan
kerana di situ terbukti kebenaran
untuk kau menilai dengan mata hati
bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan
untuk destinasi yang abadi
Dan selagi hati masih kuat lagi
Kau harus hayunkan kaki
Berbakti dan sentiasa perbaiki gerak-geri
Menepis segala kekeliruan
Biarpun penat menggendong cita-cita
dan menyusul Harapan
sehingga kau dapat mencari puncak diri
Khas buat sahabat, JJ
No comments:
Post a Comment