Diriku ini ku rasa jenis orang yang pantang menyerah kalah
Tapi ada masa-masa
Bila ku rasa sudah hilang kuasa
dan daya untuk terus berjuang
atas alasan yang bukan senang untuk ku bentang
Sampai mana ku rasakan jerih untuk lepas apa yang ku ingin kecapi
demi membahagiakan diri
berlaga minda dan emosi
dan tak putus-putus ku masih ulangi, “SABAR”
Monday, December 27, 2010
Hati Masih Kuat Lagi
Hati masih kuat lagi
Dalam hingar-bingar dunia
yang menjaring keamanan yang amat diperlukan
Mengajak berhibur dengan ombak
Hingga hilang pertimbangan lalu diumpan arus
racun nista yang pekat
Bergulung kerpura-puraan
Keasyikan itu hanya akan menghanyutkan
Selagi hati masih kuat lagi
Kau harus segera berpaut pada Harapan
kerana di situ terbukti kebenaran
untuk kau menilai dengan mata hati
bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan
untuk destinasi yang abadi
Dan selagi hati masih kuat lagi
Kau harus hayunkan kaki
Berbakti dan sentiasa perbaiki gerak-geri
Menepis segala kekeliruan
Biarpun penat menggendong cita-cita
dan menyusul Harapan
sehingga kau dapat mencari puncak diri
Khas buat sahabat, JJ

Sunday, November 21, 2010
Kotak Kisah Kita
Setiap daripada kita
punya kisahnya
Dalam renungan terselubung rasa
Dibalik diam ada kata-kata
Ku peluk erat, tak ditunjukkan pada sesiapa
kotak kecil ini yang kupanggil rahsia..
Ada cerita kita
disemat sebaik-baik rahsia
Biar jadi hak milikmu sepenuhnya
Pada suatu masa kau pernah kenal cinta
ataupun saat-saat nakal tika meniti usia
Yang indah-indah ini kan kusimpan kiranya
Mana yang kurang, usah ditayang pada dunia
biarlah sekadar pengalaman yang mengajarkan
Atas suatu pengorbanan
Jauhi keaiban
Segala kesal, tawa, herdikan dan airmata
bercambah menjadi sarat
Lantas ku tutup kotak ini ketat
Dengan semua, selamanya akan ku berahsia
Pada Tuhan,
DIA lebih mengetahui segalanya..
-041110

Monday, November 8, 2010
Waspada Sahabat Setia
Harapan meniti sebuah impian yang diberi nama Waspada.
Ku jejaki penuh teliti
Merentasi hati yang tak terdiam
Terus terpaksa melayankan kesal dan gelisah yang lalu.
Seperti sahabat setia yang tak diperlukan.
Menjadi batu penghalang setiap loncatanku.
Bilamana tergoyah titian ini,
Dan tersungkurnya aku,
lalu merasakan pedihnya jatuh,
Sahabat Setiaku seperti berbicara
"Tak perlu teruskan lagi."
Diri ini terfikir
Titian seperti apa ini?
Mudah saja terpukul dek angin sepoi.
"Seperti juga kau!", bisik Sahabat Setia.
Lantas bagaimana?
Perlukah ku teruskan seperti selayaknya Pejuang,
Atau terus melayankan deretan soalan
Dan menjadikan diri ini terbiasa
sehingga menjadi halwa minda
yang sememangnya berserabut dek HARAPAN INI?!
-31 October 2010
2104

Monday, October 25, 2010
Bicara Pada Malam
Sepi sendu perlahan
cahaya malam beralun kesedihan
Purnama merayu pinta berteman
disatukan semula perindu di hutan
Seorang pemuda duduk memerhati
Indah sekuntum mawar tiada terperi
Pada setiap kelopak, istimewanya sendiri
Di balik garang merahnya, ada kelembutan mewangi
Berat di dada, bagai bertimpa jiwanya
dalam hembusan nafas, ada keluhan hampa
kosong tak terisi sekian lama
Andai mawar ini jadi miliknya
pasti kan dijaga sepenuh cinta
Wahai bulan
jangan kau menangis di balik awan
Ku turut sama merintihkan
terluka bersama duri di tangan
Seperti dikau, ku senasib jua
menanti mawar penuh setia
Suatu hari kan ku petik mekarnya
buat ku simpan,
menjddi ikatan,
sebagai teman meniti kehidupan..

Sunday, August 15, 2010
Selembar Ramadhan
Hati..
Mungkinkah kita tersilap langkah?
terlalu banyak yang berubah
Bagai diasak dan ditekan
Lagi dilayankan
Suara-suara yang membisikkan
kata-kata yang bukan-bukan
Keliru tanpa pertimbangan
Ku dongak ke langit mencari Tuhan
namun tiada jawapan..
Akhirnya tunduk kerintihan
dihujung mata mengalir tangisan
Dibalik kesayuan tersembunyi kesedaran
Setiap suruhanMu ditinggal-tinggalkan
yang wajib dipandang ringan
Dimana silapnya?
"Ada iman tapi tak amal
Bila beramal tapi tak ikhlas"
Hadirnya lembaran baru bermula
tangan terbuka menunggu Ramadhan tiba
Kembali mencari diri
yang terumbang-ambing setahun yang pergi
Tersemat doa kecil
Ramadhan nanti
Laksana guru yang mendidik
Ketemukan ku dengan ketenangan
dapat ku tangani onak perasaan
Dengan berkat izinNya diberikan kekuatan
untuk ku harungi pahit getir kehidupan
Kembali pulihkan iman & ketaqwaan
selama ini hampiri kekosongan
Dengan harapan
Ia bukan hanya sekadar sebulan
malah biarlah berkekalan..
Hati..
Ramadhan datang kini
Kita tak perlu bimbang lagi..

Saturday, July 31, 2010
Bagaimana Bukit Batok mendapat namanya
Kononnya pada zaman dahulu, ada seorang pemuda miskin bernama Bukit. Sayangnya, Bukit sangat malas orangnya dan hanya menghabiskan masa di beranda rumahnya dengan tidur. Apabila perlu untuk makan, dia akan mengutip buah limau dari pohon rendang di luar rumahnya. Ibu bapanya sangat risau dengan perangai anak tunggal mereka.
Pada suatu hari, Bukit dipaksa Ibunya untuk ke hutan mencari kayu. Sedang dia meredah hutan, dia ternampak sebatang pokok. Buah-buah epal yang tergantung pada pokok itu sungguh kilat dan lain daripada biasa. Bukit terpegun. "Dah lama aku tidak memakan buah epal kan. Lebih baik aku petik epal yang ranum-ranum ini!", bisik hati kecilnya.
Bukit melihat kiri dan kanan untuk memastikan tiada orang di daerah tersebut dan terus memanjat pokok epal itu. Dia cuba mencapai seberapa banyak epal di dalam genggamannya dan turun ke tanah. Sebaik sahaja dia turun, seorang perempuan tua yang hodoh menarik bajunya. "HAhahahah! Kau ambil buah-buah epal aku ya? Ambil lah! Ambil sepuas yang kau mahu! Hahahaha!" Dengan itu, nenek itu terus lesap tanpa bekas. Bukit terketar-ketar dalam kebingungan, apa nenek tadi... Dia tak berani memikirkan tentang itu.
Dia pun meneruskan perjalanannya ke dalam hutan untuk mencari kayu yang dipesan ibunya. Sebiji epal yang telah dipetik sebelumnya dijamah ke mulut. Luar biasa enaknya. Kulit epal itu halus dan gebu, kilatnya memancarkan seakan cahaya ajaib, warna merahnya delima. Belum sempat Bukit memakan epal itu sekali lagi, dia terbatuk-batuk. Batuk yang amat dahsyat sehingga menyesakkan dada. Batuk itu seperti mencekik anak tekaknya, membakar kerongkongnya.
Bukit tidak tentu arah. Jalannya simpang siur cuba menyusur kembali jalan untuk pulang ke rumahnya. "Mak! Bukit batuk mak! Bukit batuk!", jerit Bukit. Malangnya, Bukit tiada daya meneruskan perjalanannya dan terkulai lemah di sebatang jalan. Nafasnya semakin sesak dan akhirnya, Bukit mati.
Dan kawan-kawan, itulah cerita bagaimana Bukit Batok mendapat namanya!
dijumpa dalam buku karangan Nisa zaman Sec 3 dan diubah.
Cerita tiada kena-mengena dengan yang nyata.

Tuesday, July 27, 2010
Sepetang Di Persisiran
Duduk di atas batu ini
Melentok kepala di telapak kiri
Sambil dagu bertongkat siku
Pemandangan luas untaian biru
Sekali sekala ombak kecil
datang singgah di jemari kaki
Kilas airnya dingin bagai memanggil
memujuk berendam diri
Kalau ikutkan hati
Ingin saja aku terjun bermandi
Nikmati nyaman yang menyelubungi
Biarkan peluhku dibasuh pergi
Pedulikan terik matahari
Tatkala aku berdiri
bersama kemeja-T disisi
Ku renung pada permukaan air
Lantas ada suara membisik
"Jangan kau buta melihat air yang tenang,
sekali arus berubah, sekelip laut bergelombang
Saat itu kau kan kecundang,
Hilang jejak pada pasir yang curam
Makin dipukul kuat, makin hanyut kedalam"
Seimbas ia datang..
Berlalu ia pergi..
Sejenak terfikir seorang diri
Tinggalkan saja aku disini
Ditemani batu ini
Lautan yang tak terjamah aku kan rugi
Namun ku tak mahu menyesal nanti
Hanya semata kehendak hati
Kembali ku merenung jauh....
Setia menunggu mentari jatuh....

Tuesday, May 11, 2010
Biasakan Dia
Biasakan dia
masuk langkah bersalam
dengan berkaki ayam
Siapa bertamu rasa dihormat
Yang melayan menyambut penuh berkat
Di rumah..
situlah asasnya bermula
Warna kita tinggi adabnya
Cermin kita agama dan bangsa
Biasakan dia
Hidup harus punya cita-cita
Isikan dulu ilmu di dada
berbekalkan untuk kededua dunia
Biar sampai penuh, jangan cepat jenuh
kemudian kejarlah cita-cita bersamanya
gapai segala peluang di depan mata
Andai jatuh terluka
usah tangis memanjang
Bersihkan luka, bangun dan jalan semula
Biasakan dia
jangan 'biasa' pada orang tua
seperti mana mereka tak pernah menganiayai
datuk nenek kita
Iya!
adakalanya bagai hilang sabar
bibir tetap diketap erat saja
Namun adat manusia tak pernah sempurna
Andai terlepas jua, lekas-lekaslah ditenang
air yang rancak berkocak
Kerna hati ibu yang terguris bisa kekal lamanya
Takut-takut nanti tak mencium bau syurga
Biasakan dia
usah gopoh berlari ke depan
Biar perlahan tapi tak ketinggalan
Larian kita deras, dalam kemodenan kami cemas
Ramai yang telah lemas, terlupa asas
Sampai makan kekok bersuap
Lenguh bersila walau sekejap
Bicara bagai tiada adat
Begini akibatnya..
bila kemajuan jadikan kau kaya dan berjaya
kau terlupa rumah kita..
040410

Wednesday, May 5, 2010
Kisah si pincang sepanjang jalan
Membuka bicara penuh cerita
Deraian tawa bersahaja
Jelas tersembur kejahilan, tiada berwawasan
Riak wajah mengukir kebingungan
Kita melihat...
Lukisan kita semuanya serupa
Seolah-olah kita semua pelukis yang menggunakan berus yang sama.
Sebuah gambaran tentang Kepincangan...
Si pincang yang mendesak 'tika terlanjur
Yang tua terpaksa akur
Menelan kembali 'kebebasan' yang diberi
Dahulunya yang kau suapkan itu hempedu,
Bukannya madu!
Si pincang yang menghunuskan jiwa
dengan amuk yang kejam
Meragut segala perikemanusiaan
Mengapa tidak kau asahkan akal itu,
biar lebih matang ikut garis panduan?
Si pincang yang berkhemahkan kerisauan
Ketika surutnya harta
Tidak pula cuba melawan arus beban
Lalu dibaluti gelombang yang menggulung maruah
Melemaskan jiwa dan rumahtangga.
Bersandar kepala pada yang berkuasa
Untuk menyapu segala huru-hara
Membaiki yang rebeh
Sedangkan kau masih mendabik dada
Segala tindakan sentiasa melebih
Dan tiada mengaku,
Kaulah si pincang sepanjang jalan.
050510

Monday, April 5, 2010
Entah mengapa
ada di dalam yang tak kena
Derunya tenang bersahaja
walhal ada gelombang menanti gelora
Bagai berlaga minda dan jiwa
selisih bicara mencari sekata
Ada masa akal bertemu naluri,
sama tak bertepuk
saling tak mengerti
Lantas bergelut dalam diri
cuba merungkai apa yang benar
dari apa yang sebenarnya
Dalam jelas atau samar,
resmi mata, akal melihat apa yang nyata
terhurai kebernasan dalam tindakan
Pun begitu..
jika dikerjakan hanya dengan akal
lambat laun keras hatinya
pedulikan mereka biar kecewa
Fitrah manusia bermainkan emosinya
pengaruh hati pada sifat empunya
Aku dan kau
tak mungkin sama..
Beringatlah..
setiap apa yang kau lakukan
andai dilayankan berombaknya perasaan
boleh melemaskan..
Andai dengki yang kau ada
jadinya kerja bodoh lagi sia-sia
Sebaliknya berlebihan budi pula
takut-takut dipijak kepalanya..
Duduk sejenak seketika
tenangkan minda berlapangkan dada
Apapun jua..
segala kelakuan biarlah jujur pada pemikiran
Harus dicari keseimbangan dalam setiap pertimbangan
Andai masih tersimpul hujungnya
kembali pada akhlak
minta pada satu, DIA...
020410
-JJ

Friday, March 26, 2010
Daripada Mengeluh
Daripada mengeluh
sendiri jenuh,
lebih baik kau mencari diri
dalam kalbu penuh kabus.
Hati-hati melangkah
Jangan sampai tersandung
oleh kata-kata nista.
Tempelak mereka usah kau hiraukan,
teruslah mencari diri
dan ketahuilah
yang namanya kabus yang menyesakkan nafas,
mengaburkan pandangan itu,
terlindung tazkirahNya.
Jika ditakrifkan akan memperlihatkan
harapan dan semangat
untuk terus berdiri semula.
Kau melihat kabus pergi
dan kembali,
Lalu kau harus mencari diri
sekali lagi.
26 March 2010
Nisa

Monday, March 22, 2010
Rahsia Donna
Donna melarikan diri. Dia menyesal. Beg plastik berisi beberapa biji epal itu, digenggam kuat. "Aku kesian dengan nenek kebayan itu tapi buah-buah ini tak boleh aku berikan kepadanya" bisik hati Donna. "Kau nak pergi mana, setan?" Suara garau bertanya, membuat hati Donna yang berdegup, terhenti buat seketika. "Uhhh.... sa..sa..yaa nak ermm...bermain di taman bersama si Meradang!" jawab Donna dengan gugup. "Apa? A...awak ingin bermain di taman bersama Meradang? Bagaimana dengan saya, Donna?" Si Ngantuk bertanya pilu sebelum terjatuh lalu tidur dengan enaknya. Donna mengambil langkah perlahan-lahan dari sudut hutan itu. KELEPIAK! Tumit tinggi Donna memberi laluan. Nasib baik si Ngantuk tak terjaga sedikit pun dari tidurnya.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi letupan begitu kuat and kawasan hutan tadi bertukar menjadi kelab malam, 'Dangdutan'. "Aku suka dia, Mak! Aku Sayang dia, Mak! Kasih dan rinduku ini..." Abang Charming muncul di sebalik batang pokok dengan berpakaian serba berkilauan. "Abang Charming!" Keduanya, Donna dan si Ngantuk menyorak kesukaan. *Donna dan Abang Charming sudah sekian lama menjalinkan hubungan cinta. Ibu Abang Charming juga amat berkenan dengan Donna dan ingin melihat mereka bersanding secepat mungkin.
"Kenapa awak bawa si Ngantuk? Saya sudah beritahu awak, awak masih berdegil ya? Si Ngantuk ini, berita buruk!" Abang Charming berbisik ke telinga Donna, setelah menariknya beberapa inci jauh dari Ngantuk. "Saya tak membawanya tapi dia telah berada di sini dari tadi!" Donna berbisik semula kepada Abang Charming. "Aku pantang orang mengumpat fasal aku," Donna dan Abang Charming mengalih arah ke suara tersebut - si Ngantuk berdiri di kaki Abang Charming sambil memegang sebilah pisau.
Jeng Jeng Jeng...
Bersambung...
Asal cerita rekaan : Bad & Nisa
Diilhamkan dari cerita dongeng 'Snow White & the Seven Dwarfs'
Grumpy dwarf sebagai si Meradang
Sleepy dwarf sebagai si Ngantuk

Sunday, January 3, 2010
Tingkahmu
suatu keterlaluan
Merangkaknya masa semakin alpa
lagi diapi-apikan jauh dari pedoman
tersungkur jua dalam keterlanjuran
Direntangkan sehelai kain putih
belum tercoret, belum dicorak seninya
Hanya insan kecil meniti usia
menanti ditatih, dilatih menjadi manusia sempurna
Namun sekadar sejengkal usianya
sudah dipimpin malaikat ketempatnya di syurga.....
Mengapa? Harus diperlakukan sebegitu?
angkara mereka yang kosong jiwanya
di mindanya menandingi kewarasan
Ibarat kelabu,
dirampas segala warna di langit tinggi
tinggal yang menjerit hanya suara sepi
Lihat siapa kita
hanya megah nama pada perkara sia-sia
cuma jaguh kampung bila berfoya
akibatnya gejala buruk merata
rosak pincang nama bangsa
Lihat telapak kaki
dimana dirinya kita?
bumi diinjak tiada bekasnya
langkahnya me-layu
langsung tak meninggalkan jejak
Bangkitkan sedar
kita kaji dan bongkar
segala khilaf di mana tersembunyi
sudah sampai masanya sesuatu harus berubah
supaya bangsa harum nama pada warisan sejarah....
Tarikh: 010110

Subscribe to:
Posts (Atom)