Masa-masa yang terlepas
Eloklah diganti dengan hari-hari yang lebih teliti
Yang rebeh diperbaiki
Yang baik diteladani
Biar Ramadhan ini
jadi penebus kejahilan diri
Masa-masa yang terlepas
Eloklah diganti dengan hari-hari yang sepi
Kembara dengan fikiran
Mencari erti sebenar Ramadhan
Mendidik jiwa
Agar setenang para Sahabah
Masa-masa yang terlepas
Eloklah diganti dengan hari-hari penuh bakti
Menghulur pada yang perlu
Berkongsi kasih dengan yang pilu
Kerana tangan di atas lebih budiman
tidaklah Ramadhan itu selain bulan Ihsan
Masa-masa yang terlepas
Eloklah kau ganti dengan nafas baru
Beribadah dengan jitu
Mengumpul hikmah di balik Ramadhan
agar bertemu jua malam seribu bulan.
270711
No comments:
Post a Comment